blue butterfly Pictures, Images and Photos

Api Cemburu membakar tautan hati 7:56 AM

alone Pictures, Images and Photos


Cemburu boleh didefinisikan sebagai ‘ketakutan berpindahnya kasih sayang kepada orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, sering terjadi dalam hubungan suami isteri, malah boleh juga terjadi dalam persahabatan dan adik beradik kandung.

Benarlah jika dikatakan bahawa sebenarnya cemburu itu adalah sesuatu yang baik, tapi berwaspada itu perlu, bimbang ianya berlebihan, Apa yang lebih menarik sebenarnya cemburu adalah penggerak Amar ma’ruf nahi mungkar, bagaimana? Jika tidak wujud perasaan cemburu dalam hati seseorang muslim bagaimana dia akan mempunyai semangat untuk berjuang? Jika dia merasakan tidak cemburu pada manusia lain yang lebih ‘ berjuang’ dalam mendapat redha Allah, hancurlah semangatnya untuk turut sama- sama berjuang, jadi, cuba kita kaitkan sifat ini dalam konteks persahabatan, bukankah cemburu itu perlu untuk kita berjuang dengan lebih lagi dalam perjuangan mengaut cinta Allah melebihi yang diraih sahabat kita? Disinilah bermulanya sebuah episod perjuangan yang sama – sama kita lalui bersama sahabat, semuanya bermula dengan ‘kecemburuan’ yang positif.

Cemburu kadang kala dikatakan sebagai ‘ pemanis hubungan’ dengan penterjemahan sayang melalui ‘cemburu’, dalam dalam konteks persahabatan, sewajarnya, cemburu berlebihan tidak seharusnya wujud, bayangkan, sebuah persahabatan yang dibina dengan penuh keikhlasan dimusnahkan dengan perasaan ‘cemburu’, alangkah ruginya.


Dalam persahabatan, cemburu boleh menyerang saat kita melihat sahabat dianugerahkan kelebihan oleh Allah seperti kecemerlangan, kecantikan dan kebahagiaan yang lain, malah cemburu juga muncul saat sahabat melebih-lebihkan sahabat kita yang lain, memang itulah hakikat hidup manusia yang sering jadi buruan Syaitan durjana.

Sememangnya cemburu adalah muntahan dari rasa kecintaan yang tulus pada sahabat, namun, jika benar-benar persahabatan itu dibina kerana Allah, mana mungkin virus cemburu ‘tidak bertempat’ itu menerjah masuk dalam gerbang persahabatan, Bahkan tidak pernah sekalipun kita dengar ukhwah antara Rasulullah dan para sahabat diintai rasa cemburu meskipun kerap Rasullullah s.a.w. memuji antara sahabat-sahabat baginda.

Kita tidak terlalu sempurna untuk menolak jauh-jauh sifat cemburu tidak bertempat ini atau berupaya untuk terus memupuskannya, namun kita punya ‘benteng’ untuk mengawalnya, iaitu IMAN, sinarkan hati dengan iman, pastinya cemburu bertukar wajah menjadi sesuatu yang begitu manis dan menambahkan kecintaan kita pada sahabat.

Seringkali kita mendengar kisah persahabatan yang musnah hanya kerana seorang sahabat cemburu jika sahabatnya melebih-lebihkan pula orang lain, anehnya, virus-virus perosak hubungan persahabatan seperti ini sering melanda kaum wanita lebih-lebih lagi remaja perempuan, mungkin juga kerana wanita sering dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi, jangan bimbang, saya juga seorang perempuan atau muslimah, jadi saya amat memahami betapa seorang wanita amat menyayangi sahabatnya hingga mengundang racun cemburu, namun ia boleh diubati dengan penawar ‘keimanan yang jitu’ dan bantuan fikiran yang positif.nyahkan jauh-jauh perasaan cemburu itu dari dalam kehidupan, moga-moga kita terus melupakannya.

selidiki tips hadapi cemburu ini:

1. Fikirkan cemburu itu dengan pandangan dari sisi yang lain

Sewaktu anda dijengah cemburu, bertenang dan berfikir sebentar, sebenarnya cemburu itukan kesan dari rasa cinta kita pada sahabat, jadi apa salahnya jika kita kongsikan pula perasaan kasih itu pada sahabat yang satu lagi, agar dia juga mengenal erti persahabatan sebenarnya, agar dia juga merasai apa yang kita rasakan, tentunya sahabat bukan hak milik mutlak kita, jadi alangkah bahagianya jika kita ramai-ramai membina cinta persahabatan itu bersama-sama, tuai cinta dan nikmati hasilnya bersama, indah bukan?

2. Berfikiran Positif !

Walaubagaimanapun, segalanya terletak pada pemikiran yang positif, mana mungkin seseorang yang terlalu berpandangan negatif dapat memujuk hatinya dengan sesuatu yang sepatutnya dilakukan, malah cuba anda fikirkan apa gunanya cemburu yang bersarang dalam hati anda, ianya merosakkan bukan, jadi, malah sifat cemburu mampu mengundang amarah yang sangat bersifat berterus terang, sebelum ia membawa kepada keadaan yang lebih parah, ayuh musnahkannya!





3. Bina cemburu positif

Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

“ Sesungguhnya Allah itu memiliki sifat cemburu dan orang-orang mukmin juga memilikinya. Adapun rasa cemburu Allah ialah ketika melihat ( mendapati ) seorang hamba yang mengaku dirinya beriman melakukan sesuatu yang diharamkan oleh-Nya.”
( HR. Bukhari dan Nasa’i )

Rasulullah SAW. Pernah bersabda :

“ Sesungguhnya kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibendi oleh-Nya. Adapun kecemburuan yang disukai adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci oleh-Nya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti”.
( HR Ahmad dalam Musnad-nya, An-Nasai dan Ibnu Hibban )

Indahnya bicara Rasullullah s.a.w. yang kita cintai ini, yang mengajak umatnya mengawal fitrah cemburu dengan benteng iman, dan membawa fitrah itu kejalan yang diredhai Allah, alangkah rugi bagi manusia yang masih tidak jelas dengan keburukan cemburu pada hal yang tidak pasti yang sering membawa kepada kemusnahan tautan dua hati.

Namun jika kita masih tidak berjaya menghindari perasaan cemburu berlebihan ini, berta’wuzlah, atau mungkin perlu berwudhu’, berwudhu’lah dan berdoalah pada Allah agar dijauhi perasaan ini.

“ Api cemburu membakar tautan hati, bagai Api marak yang menjilat lenyap daunan kering yang bertebaran, siramilah dengan keimanan dan ketaqwaan, ayuh, sahabatku, berusahalah, impianku agar kita beriringan menuju Syurga idaman”





0 comments:

Post a Comment