blue butterfly Pictures, Images and Photos

Bersahabat seperti Rasullullah# II 9:36 AM

flower Pictures, Images and Photos
mendengar pertanyaan itu, dengan satu kata-kata yang mantap, mampu menjelaskan betapa persahabatan yang dibina adalah jelas atas dasar Taqwa, hingga sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan sahabat tercinta.

Khubaib membalas:

“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,”

Maka selepas itu Khubaib bin ‘Ady telah dijatuhkan hukuman dengan dipakukan pada tiang salib, walaubagaimanapun, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Khubaib sempat memanjatkan doa pada Allah:

“Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun!”


Tidak beberapa lama kemudian, Khubaib bin ‘Ady menghembuskan nafasnya yang terakhir ditiang salib.

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy, yang turut sama melihat peristiwa kejam itu telah merumuskan bahawa Khubaib Bin ‘Ady telah mengajarnya beberapa perkara yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini, iaitu:


Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.

Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.

Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.

Sahabatku sekalian,

inilah yang dikatakan persahabatan berteraskan redha Tuhan yang maha esa. Jika diselidiki, berapa ramai yang hidup bermusuhan, saling dengki mendengki, mengumpat tanpa henti, hingga hancur satu ikatan murni, sedangkan betapa persahabatan itu amat sukar untuk dimiliki, lihat sahaja berapa manusia terus hidup dalam sepi tanpa teman disisi. Bahkan kita yang dikurnia Allah dengan teman yang memahami cuba untuk kita khianati. Mari sama-sama kita muhasabah kembali berapa ramai sahabat yang telah kita sakiti, ayuh segera memohon maaf, moga kita sama-sama beriringan menuju ke Syurga.


Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, dalam tulisannya yang bertajuk ‘ Virus-virus Ukhwah’ menukilkan bahawa sememangnya setiap manusia itu amat memerlukan sahabat karib kerana itu adalah antara keperluan utama hidup manusia agar mampu menempuhi ujian dan liku-liku dalam kehidupan kerana kehidupan seseorang amat tidak beerti jika hidup seorang diri tanpa teman disisi, sahabat juga diibaratkan seperti perhiasan ketika senang dan benteng ketika mengalami kedukaan kerana sesungguhnya seorang sahabat dapat membahagiakan hati, menyenangkan jiwa dan mwnghilangkan duka.



Sahabatku yang dicintai kerana Allah,

Lihatlah kembali diri kita, sejauh mana pengorbanan kita pada sahabat kita, kita mengaku bersahabat, namun jarang sekali berkorban demi kegembiraan sahabat, malah menggadaikan duit andai sahabat kekurangannya juga amat jarang kita lakukan, kita juga mengaku bersahabat, tetapi sering membawa mulut bercerita itu dan ini perihal negatif ,kita juga mengaku mempunyai sahabat, tetapi sering mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka, malah kita juga mengaku bersahabat, tetapi, susah sungguh mengungkap kata kemaafan kepada sahabat kita, adakah kita masih mahu mengaku diri kita sebagai seorang ‘sahabat’?

Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad)

~ayuh kita berlumba menyayangi dan mencintai sahabat kita!

“Ukhwah yang tercipta hanya kerana mencari keredhaan Allah bagai siraman hujan yang menyiram danau kontangnya hati yang dulunya sepi tanpa aliran taqwa, yang menyeru memupuk iman dijiwa, sahabatku, temanku, kecintaanku, taut hatiku, paut jiwaku, gengam tanganku, tuntuni aku mencari arah sebenar diriku”




0 comments:

Post a Comment