blue butterfly Pictures, Images and Photos

Duhai Pendampingku~ 10:51 AM




Salam seharum kasturi buat sekalian temanku, moga harumannya menebar hingga menerjah disegenap jalanan syurga, sekian lama tak mencoret sesuatu di blog ini, hari ini jiwa betul- betul merindukannya.

Duhai pendampingku.

Andai saja bisa aku luahkan betapa aku mencintaimu sahabatku, maka akan kuluahkan setiap kerat- kerat hati biar bersatu menguntum senyum paling indah dari wajahmu, namun hati terlalu takut mengungkapnya bimbang satu hari nanti aku akan dilukakan dan ucapan itu terasa begitu menyakitkan. dan rindu itu biar kusimpan dalam sudut hati paling dalam, sentiasa berdoa kita disatukan disyurga bergembira atas dipan- dian indah, dikelilingi sungai- sungai yang mengalir, menikmati nikmat syurga bersama- sama, anugerah Allah yang didunia kita mabuk dalam cinta dan rindu pada-NYA,itulah impianku.

Pendampingku, kecintaanku,

Jalanan perjuangan begitu memeritkan, dalam setiap langkahku, aku sentiasa diperkuatkan olehmu, biarpun bicara semangat itu terkadang melukakan, aku rela kerana engkaulah pendampingku, yang sentiasa melihat segenap perilaku temanmu ini, biarpun siapa dirimu, aku menerimanya seperti engkau menerima diriku menjadi sahabatmu.

pendampingku,

Andai Allah menerima kita sebagai pejuang agamanya, apalah lagi yang kita harapkan selain anugerah terindah itu, meski berbagai ujian berliku yang akan kita tempuhi dalam langkah perjuangan ini, jangan korbankan cinta atas dasar ukhwah kerana Allah ini kerana itulah kekuatan perjuangan kita, kekuatan diri kita dalam mengapai keredhaan-NYA.

Duhai pendampingku.

Andai suatu saat, aku yang dipanggil Allah terlebih dahulu, engkau doakan aku mati sebagai syuhada' dijalan-NYA, kerana itulah impian kita, dan yakinlah janji Allah itu pasti buat mereka yang ikhlas dalam perjuangan kerana-NYA, dan doakan akulah insan yang dipilih Allah itu, semoga kita bersama hingga kesyurga.










Read More......
Api Cemburu membakar tautan hati 7:56 AM

alone Pictures, Images and Photos


Cemburu boleh didefinisikan sebagai ‘ketakutan berpindahnya kasih sayang kepada orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, sering terjadi dalam hubungan suami isteri, malah boleh juga terjadi dalam persahabatan dan adik beradik kandung.

Benarlah jika dikatakan bahawa sebenarnya cemburu itu adalah sesuatu yang baik, tapi berwaspada itu perlu, bimbang ianya berlebihan, Apa yang lebih menarik sebenarnya cemburu adalah penggerak Amar ma’ruf nahi mungkar, bagaimana? Jika tidak wujud perasaan cemburu dalam hati seseorang muslim bagaimana dia akan mempunyai semangat untuk berjuang? Jika dia merasakan tidak cemburu pada manusia lain yang lebih ‘ berjuang’ dalam mendapat redha Allah, hancurlah semangatnya untuk turut sama- sama berjuang, jadi, cuba kita kaitkan sifat ini dalam konteks persahabatan, bukankah cemburu itu perlu untuk kita berjuang dengan lebih lagi dalam perjuangan mengaut cinta Allah melebihi yang diraih sahabat kita? Disinilah bermulanya sebuah episod perjuangan yang sama – sama kita lalui bersama sahabat, semuanya bermula dengan ‘kecemburuan’ yang positif.

Cemburu kadang kala dikatakan sebagai ‘ pemanis hubungan’ dengan penterjemahan sayang melalui ‘cemburu’, dalam dalam konteks persahabatan, sewajarnya, cemburu berlebihan tidak seharusnya wujud, bayangkan, sebuah persahabatan yang dibina dengan penuh keikhlasan dimusnahkan dengan perasaan ‘cemburu’, alangkah ruginya.


Dalam persahabatan, cemburu boleh menyerang saat kita melihat sahabat dianugerahkan kelebihan oleh Allah seperti kecemerlangan, kecantikan dan kebahagiaan yang lain, malah cemburu juga muncul saat sahabat melebih-lebihkan sahabat kita yang lain, memang itulah hakikat hidup manusia yang sering jadi buruan Syaitan durjana.

Sememangnya cemburu adalah muntahan dari rasa kecintaan yang tulus pada sahabat, namun, jika benar-benar persahabatan itu dibina kerana Allah, mana mungkin virus cemburu ‘tidak bertempat’ itu menerjah masuk dalam gerbang persahabatan, Bahkan tidak pernah sekalipun kita dengar ukhwah antara Rasulullah dan para sahabat diintai rasa cemburu meskipun kerap Rasullullah s.a.w. memuji antara sahabat-sahabat baginda.

Kita tidak terlalu sempurna untuk menolak jauh-jauh sifat cemburu tidak bertempat ini atau berupaya untuk terus memupuskannya, namun kita punya ‘benteng’ untuk mengawalnya, iaitu IMAN, sinarkan hati dengan iman, pastinya cemburu bertukar wajah menjadi sesuatu yang begitu manis dan menambahkan kecintaan kita pada sahabat.

Seringkali kita mendengar kisah persahabatan yang musnah hanya kerana seorang sahabat cemburu jika sahabatnya melebih-lebihkan pula orang lain, anehnya, virus-virus perosak hubungan persahabatan seperti ini sering melanda kaum wanita lebih-lebih lagi remaja perempuan, mungkin juga kerana wanita sering dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi, jangan bimbang, saya juga seorang perempuan atau muslimah, jadi saya amat memahami betapa seorang wanita amat menyayangi sahabatnya hingga mengundang racun cemburu, namun ia boleh diubati dengan penawar ‘keimanan yang jitu’ dan bantuan fikiran yang positif.nyahkan jauh-jauh perasaan cemburu itu dari dalam kehidupan, moga-moga kita terus melupakannya.

selidiki tips hadapi cemburu ini:

1. Fikirkan cemburu itu dengan pandangan dari sisi yang lain

Sewaktu anda dijengah cemburu, bertenang dan berfikir sebentar, sebenarnya cemburu itukan kesan dari rasa cinta kita pada sahabat, jadi apa salahnya jika kita kongsikan pula perasaan kasih itu pada sahabat yang satu lagi, agar dia juga mengenal erti persahabatan sebenarnya, agar dia juga merasai apa yang kita rasakan, tentunya sahabat bukan hak milik mutlak kita, jadi alangkah bahagianya jika kita ramai-ramai membina cinta persahabatan itu bersama-sama, tuai cinta dan nikmati hasilnya bersama, indah bukan?

2. Berfikiran Positif !

Walaubagaimanapun, segalanya terletak pada pemikiran yang positif, mana mungkin seseorang yang terlalu berpandangan negatif dapat memujuk hatinya dengan sesuatu yang sepatutnya dilakukan, malah cuba anda fikirkan apa gunanya cemburu yang bersarang dalam hati anda, ianya merosakkan bukan, jadi, malah sifat cemburu mampu mengundang amarah yang sangat bersifat berterus terang, sebelum ia membawa kepada keadaan yang lebih parah, ayuh musnahkannya!





3. Bina cemburu positif

Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

“ Sesungguhnya Allah itu memiliki sifat cemburu dan orang-orang mukmin juga memilikinya. Adapun rasa cemburu Allah ialah ketika melihat ( mendapati ) seorang hamba yang mengaku dirinya beriman melakukan sesuatu yang diharamkan oleh-Nya.”
( HR. Bukhari dan Nasa’i )

Rasulullah SAW. Pernah bersabda :

“ Sesungguhnya kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibendi oleh-Nya. Adapun kecemburuan yang disukai adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci oleh-Nya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti”.
( HR Ahmad dalam Musnad-nya, An-Nasai dan Ibnu Hibban )

Indahnya bicara Rasullullah s.a.w. yang kita cintai ini, yang mengajak umatnya mengawal fitrah cemburu dengan benteng iman, dan membawa fitrah itu kejalan yang diredhai Allah, alangkah rugi bagi manusia yang masih tidak jelas dengan keburukan cemburu pada hal yang tidak pasti yang sering membawa kepada kemusnahan tautan dua hati.

Namun jika kita masih tidak berjaya menghindari perasaan cemburu berlebihan ini, berta’wuzlah, atau mungkin perlu berwudhu’, berwudhu’lah dan berdoalah pada Allah agar dijauhi perasaan ini.

“ Api cemburu membakar tautan hati, bagai Api marak yang menjilat lenyap daunan kering yang bertebaran, siramilah dengan keimanan dan ketaqwaan, ayuh, sahabatku, berusahalah, impianku agar kita beriringan menuju Syurga idaman”





Read More......
Bersahabat seperti Rasullullah# II 9:36 AM

flower Pictures, Images and Photos
mendengar pertanyaan itu, dengan satu kata-kata yang mantap, mampu menjelaskan betapa persahabatan yang dibina adalah jelas atas dasar Taqwa, hingga sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan sahabat tercinta.

Khubaib membalas:

“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,”

Maka selepas itu Khubaib bin ‘Ady telah dijatuhkan hukuman dengan dipakukan pada tiang salib, walaubagaimanapun, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Khubaib sempat memanjatkan doa pada Allah:

“Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun!”


Tidak beberapa lama kemudian, Khubaib bin ‘Ady menghembuskan nafasnya yang terakhir ditiang salib.

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy, yang turut sama melihat peristiwa kejam itu telah merumuskan bahawa Khubaib Bin ‘Ady telah mengajarnya beberapa perkara yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini, iaitu:


Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.

Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.

Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.

Sahabatku sekalian,

inilah yang dikatakan persahabatan berteraskan redha Tuhan yang maha esa. Jika diselidiki, berapa ramai yang hidup bermusuhan, saling dengki mendengki, mengumpat tanpa henti, hingga hancur satu ikatan murni, sedangkan betapa persahabatan itu amat sukar untuk dimiliki, lihat sahaja berapa manusia terus hidup dalam sepi tanpa teman disisi. Bahkan kita yang dikurnia Allah dengan teman yang memahami cuba untuk kita khianati. Mari sama-sama kita muhasabah kembali berapa ramai sahabat yang telah kita sakiti, ayuh segera memohon maaf, moga kita sama-sama beriringan menuju ke Syurga.


Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah, dalam tulisannya yang bertajuk ‘ Virus-virus Ukhwah’ menukilkan bahawa sememangnya setiap manusia itu amat memerlukan sahabat karib kerana itu adalah antara keperluan utama hidup manusia agar mampu menempuhi ujian dan liku-liku dalam kehidupan kerana kehidupan seseorang amat tidak beerti jika hidup seorang diri tanpa teman disisi, sahabat juga diibaratkan seperti perhiasan ketika senang dan benteng ketika mengalami kedukaan kerana sesungguhnya seorang sahabat dapat membahagiakan hati, menyenangkan jiwa dan mwnghilangkan duka.



Sahabatku yang dicintai kerana Allah,

Lihatlah kembali diri kita, sejauh mana pengorbanan kita pada sahabat kita, kita mengaku bersahabat, namun jarang sekali berkorban demi kegembiraan sahabat, malah menggadaikan duit andai sahabat kekurangannya juga amat jarang kita lakukan, kita juga mengaku bersahabat, tetapi sering membawa mulut bercerita itu dan ini perihal negatif ,kita juga mengaku mempunyai sahabat, tetapi sering mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka, malah kita juga mengaku bersahabat, tetapi, susah sungguh mengungkap kata kemaafan kepada sahabat kita, adakah kita masih mahu mengaku diri kita sebagai seorang ‘sahabat’?

Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad)

~ayuh kita berlumba menyayangi dan mencintai sahabat kita!

“Ukhwah yang tercipta hanya kerana mencari keredhaan Allah bagai siraman hujan yang menyiram danau kontangnya hati yang dulunya sepi tanpa aliran taqwa, yang menyeru memupuk iman dijiwa, sahabatku, temanku, kecintaanku, taut hatiku, paut jiwaku, gengam tanganku, tuntuni aku mencari arah sebenar diriku”




Read More......
Unusual Benefits of Friendship -Harvey Rosenberg 9:23 AM

BestFriend Pictures, Images and Photos


Many benefits of friendship are well known. Friends offer
  1. closeness with others,
  2. a listening ear to share challenges or joys,
  3. a shoulder to lean on when life is difficult,
  4. companionship,
  5. the ability to tell you the truth when others might not (assuming you want to hear the truth).


Friends don't let friends live on the streets.

But the biggest benefit that friendships offer each of us, whether we're a kid just entering daycare or a 90 year old great grandmother, is happiness.

Friends are an aid to the young, to guard them from error; to the elderly, to attend to their wants and to supplement their failing power of action; to those in the prime of life, to assist them in noble deeds. ---Aristotle


Harvey Rosenberg

Read More......
Bersahabat seperti Rasullullah# I 8:50 AM

hello friend Pictures, Images and Photos



"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

(Al-Ahzaab: ayat 21)

Ayuh singkap tirai sirah junjungan, indahnya persahabatan yang terbina atas asas taqwa, yang hidup hanya untuk menyampaikan dakwah buat seisi alam, bersama-sama bertaut tangan berjuang menyampaikan risalah Islam, mustahil cemburu dan iri hati menyelinap dalam hati, semestinya inilah contoh terbaik buat kita.

Hayatilah kisah persahabatan antara Rasulullah s.a.w. dengan sahabat baginda Saidina Abu Bakar r.a., sabda Rasulullah s.a.w :





“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekalian, nescaya berat lagi keimanan Abu Bakar”

(Riwayat al-Baihaqi)

Hadis ini jelas menterjemahkan betapa kasih dan keutamaan Rasullulah s.a.w. buat sahabat baginda ini, Pemilihan Abu Bakar r.a. sebagai teman akrab baginda oleh Allah s.w.t. amatlah bertepatan sekali, memori persahabatan yang dinukilkan kedua insan mulia ini dalam sirah harus dicontohi semua manusia yang mengaku bersahabat, Rasullullah s.a.w. dan Saidina Abu bakar r.a. mulanya bersama-sama dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib, dengan akhlak mulia antara kedua yang sama-sama berjuang dalam satu misi, maka timbullah bibit-bibit kemesraan hingga tautan hati keduanya atas dasar yang sama membuatkan kesakitan satu tubuh adalah kesakitan satu tubuh yang lain, masih ingat saat baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu bakar bersama menempuh kepayahan dalam peristiwa hijrah?

Maka tidak hairanlah Rasullullah meluahkan isi hatinya pada sahabat kecintaanya ini:


“ Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku dalam keluh kesah, sesungguhnya tiada siapa pun , biar apa sekali yang dilakukan buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu”


(seperti yang dinukilkan Syed Ahmad semait –sepuluh yang dijamin masuk syurga)


Mari kita hayati kisah seorang lagi sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Khubaib bin ‘Ady dimana sahabat Nabi s.a.w. yang satu ini telah dijatuhkan hukuman mati oleh kaum kafir Quraisy tanpa sebarang alasan yang kukuh. Diakhir hayatnya, Khubaib Bin ‘Ady telah meminta untuk solat dua rakaat sebelum dijatuhkan hukuman mati, lantas dibenarkan, dan selepas solat sunat dua rakaat, Khubaib berkata lagi:


“Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan solat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan

solat lebih banyak lagi.”


Mendengar ucapan Khubaib, pemimpin kafir Quraisy mula marah lantas berkata,


“Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”


Sambung...

Read More......
Bunga-bunga cinta~ 8:49 AM

friendship Pictures, Images and Photos



Beiringan ke Syurga

Duhai teman, persahabatan bukan serapuh satu ikatan, yang mudah dirungkai oleh gunting hasutan, ia adalah satu tautan hati bahkan turut menyubur iman, saat engkau melihat wajahnya, jiwamu mengesan tenang yang luar biasa, bukan satu benci yang menyelinap halus memujukmu mencipta satu cemburu atas tiap kejayaan yang Allah anugerahkan padanya, dan engkau merasakan kenapa tidak kepadamu anugerah itu diberikan.

Persahabatan bukan semudah sebutannya, kita berkenalan, mula berjalan seiringan, mencipta kenangan, dan seterusnya berlanjutan tanpa engkau merasakan tahap ketaqwaanmu bertambah bila bersamanya, persahabatan yang sebenarnya adalah persahabatan yang dicipta untuk engkau dan dia berjalan seiringan ke Syurga, dengan satu harapan, dengan satu impian, mencari redha Tuhan. Hingga engkau seakan ingin berkata.

“Andai sekiranya kusujud seumur hidupku, tidak dapat menyatakan lagi, betapa aku bersyukur pada Allah dikurniakan sahabat sepertimu”

Penulisan ini bukan satu tampilan kesempurnaan, tetapi satu harapan, mungkin juga satu impian, yang ditulis untuk melihat agar semua persahabatan dibina dengan nama Tuhan yang menciptakan. Lantas senyuman tercipta membibitkan tautan yang luhur dari hati tanpa wujud virus-virus yang mencacatkan ukhwah itu sendiri, tanpa ikutan hasutan Syaitan yang sentiasa bercita-cita memutuskan silaturrahim seluruh anak cucu Adam a’laihissalam.

Ayuh teman, tautkan hati, eratkan lengan, susun langkah, jalan berpegangan tangan, atas nama iman, dengan satu perjuangan, menegakkan agama kecintaan, moga kita beriringan ke Syurga idaman.

Kembaraku melata daerah
Destinasi mencari sebuah arah
Harapan bertemu teman sefikrah
Ikatan suci membuah mahabbah
Lantas pertemuan mengukir sejarah
Hidup bersahabat penuh barakah
Menjadi teman menuju ke jannah
Temanku, sahabatku, kecintaanku,
Pimpin diriku mencari arah tuju
Taut jiwaku mencari cinta ‘yang Satu’

Nessa Syahirah
3 mei 2009
11.19 a.m.

Read More......